Friday, 9 March 2012

Blog

B0san laa tulis blog... nk tutup blog ni laa
sesiapa pun jgn tengok blog nie lgi 0k ....

SEKIAN

Wednesday, 25 January 2012

Suami Isteri


Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak
bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota…
” KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI ”
…dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang
tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam
di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya
terdapat satu nota bertulis…
” BANG, BANGUN BANG….. SUDAH PUKUL 6.30 PAGI “

Anjing yang pandai berenang

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang.
Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan,
anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal
daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,”Ala…releks le,aku ni kan anjing laut.”

Bahaya Kahwin dengan Programmer


Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang “programmer” anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.
Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) “Selamat malam sayang, sekarang saya logged in.”
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa….. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found…
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied…
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters…
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It’s by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use … Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus. “

Made in Jepun


Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.
Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.
“Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.
“Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi. 
Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.
“Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.
Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..
“RM100 please…” kata pemandu teksi selamba.
“What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.
“Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.

Lawak Gangster..


Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya,
tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.
Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.
Gangster : Mana wang tu?
Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu…
Sibisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.” 
Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.
Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu…
Sibisu menunjukkan isyarat “Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk.”
Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, “Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah…”

Tuesday, 24 January 2012

Hujan

Korang nak tau x (kalau x nk xyah baca) tadi dalam pukul 6:00 ptg hujan ais kat umah aku. Nasib baik x retak cermin depan kereta bapak aq.....Memang btul kiamat dah dekat....k...tu je berita ari nie.... bye

Monday, 23 January 2012

Swiper Malaya...

Nk citer nie...ad laa dua orang pencuri ni, curi barang dari taon lpas. Mcm2 depa curi tapi satu pun x kantoi... Pastu depa sambung keje haram tu sampai taon nie...Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak.. Curi2 brang n kantoi. tapi sorang je yg kena settle mlam Rabu.. sorang lagi tuu buat kelamm je...dah la xmau mengaku salah, buat syok dia terlpas dari kena settle... Sian org yg kena settle tuuu....dadanya lebam, telinga berdengung sampai skarang...lekat tapak tangan kena lempang kat telinga...Xpe lh yg terlpas tuuu tunggu laa kt akhirat...Dia pikir dia akan selamat....TUNGGU LAA BALASAN NANTI... k la aq ngantok nie