Sunday, 27 November 2011

Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje…

Badly Broken English

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia
telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya… .:
Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)
Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya… Kata pemandu tersebut:
Pemandu: Don’t enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn’t play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main… Biar dia rasa)
Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:
Boss : Why didn’t you come to work?
Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

Malam Pertama, Kedua dan Ketiga

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama…” bisik hati Ramli. Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, “Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?” “Dah, apa citer ni ?” tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. “Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur” bisik hatinya penuh understanding.
Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri “Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?” “kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !” Ramli bertekad. Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru’ “Lah..” keluh ayah Ramli, “aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?” Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet… (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih “about the birds & the bees”. “oh. cam tu.” sengih ramli, “baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!”
Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba… adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. “lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up” tertanya2 si Ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, “Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?” Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun… “Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?” pun..masih takde jawaban… Ramli mencuba lagi. “Juruterbang dah siap sedia… boleh pesawat turun mendarat ?” Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, “Maaf tuan… Landasannya baru saje banjir…!”

Nak cite pun malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”
Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

Tahukah anda...

Soalan : Apa beza daun betik ngan tangan perempuan?
Jawapan: Daun betik boleh melembutkan daging yang keras, tangan perempuan dapat mengeraskan daging yang lembut.

Soalan : Haiwan apakah yang pertama sampai ke bulan?
Jawapan: Burung punai (Neil Armstrong punya)

Soalan : Apa beza tayar kereta dengan kondom?
Jawapan: Tayar kereta kalau bocor boleh menghilangkan nyawa, kondom plak kalau bocor boleh menambahkan nyawa.

Soalan : Apa yang mahal pada BMW?
Jawapan: Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX. Kan murah tu…

Soalan : Rumah apakah yang gunakan banyak air?
Jawapan: Rumah terbakar

Soalan : Hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua paha.
Jawapan: Orang sedang panjat tiang talipon. (Korang mesti otak kotor)

Soalan : Ubat apa yang tak ada kesan sampingan (side effect)?
Jawapan: Viagra dan Krim membesarkan payudara. Kesan dia ke depan, bukan ke samping.

Soalan : Waktu dia hidup orang menyanyi, bila dia mati orang bertepuk tangan. Apa dia?
Jawapan: Lilin kek harijadi.

Soalan : Bibir bertemu bibir. Tangan asyik meraba lubang. Mata terpejam menikmatinya. Apa dia?
Jawapan: Orang sedang meniup seruling.

Soalan : Apa nama sudirman masa kecil?
Jawapan: Sudirboy.

Seluar dalam

Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri tengah bergaduh besar dengan maid indonesianya. .. maka si suami dengan hati yg suci ingin lah jadi org PBB jap, nak tolong damaikan suasana.. maka bertanyalah si suami ngan suara yg lembut pada isterinya..Apa hal ni!!!!!
Yang... . kenapa bising2 ni"... ..jawap si isteri dgn nada marah... "ni hah!!!!! seluar dalam i hilang, tentu si Tuti(nama ni rekaan semata2) yang curi seluar dalam Gucci i yg mahal yg i beli kat Beijing tuhh!!! " Disambut pulak oleh si suami ... ." alahai Yang ni, takkan lah sebab hilang satu helai seluar dalam pun nak bising se kawasan perumahan. Dah, dah,nanti Abang belikan ganti yg lebih mahal dan seksi lagi... " Berkata lagi si isteri... "Tapi bang, kalu sehelai i tak sakit hati sangat, ni yang hilang tu , 10 helai tau... ... 10 helai!!! (sambil tunjuk jari sepuluhnya)" Maka terkejut beruklah si suami dengar berita ini, berpusing lah dia pada Tuti yg terkebil2 sejak tadi... dgn suara yg lebih lembut lagi ,si suami bertanya... ."betul ke Tuti, kamu yang curi seluar dalam mak encik kamu ? Ingat... .kamu mesti bercakap benar!!!" Si Tuti dengan muka yang ketakutan dan suara terketar2 yg pekat dgn pelat indonesianya pun menjawaplah. .. . " tapi... tapi... tapi... bapak kan tahu saya enggak pernah pakai seluar dalam!!!!! "

aahhhh...

ssss.....
ahhhh....
sss....
ahhhhh....
sss!!!!!
ahhh!!!!
sssssssssaaaaaaahhhhhhhhhhh!!!!!!!!
kesedapan memenuhi dirinye...
betape puasnye die rase ketike itu...
sssssahhhhhh.....
ahhhh.....
ahhhh.....
ssssss..
ahhhh...
habislah sebatang rokok.....

Perempuan bisu


Alkisah ada seorang perempuan bisu yang sudahpun berkahwin, pada suatu hari, dia telah ke supermarket untuk membeli daging, tetapi disebabkan dia bisu, dia mempunyai kesusahan untuk berkomunikasi dengan para pekerja di sana.

Disebabkan begitu, dia membuat keputusan untuk memanggil kashier masuk dalam bilik.




Pada hari yang pertama, dia nak beli dada ayam. Dia pun panggil kashier tu masuk dalam bilik sulit, pompuan tu bukak baju dia, tunjuk kat dada dia, pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, then dia pun kasi dada ayam kat dier.

Next day, dia nak beli paha ayam. Dia pun panggil kashier masuk bilik, dia angkat skirt dia, tunjuk kat paha dia, pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, kasi dia paha ayam.

The next day lagi, dia nak beli hot-dog. Dia pun bawak suami dia.

Soalannya ialah:

Apakah isteri tu akan buat?





Fikir....





Tak tau?





 
Dia suruh suami dia cakapla sebab... .suami dia tak bisu..
Apa yang korang susah susah fikir ha?

----------
MORAL: Tidak semua persoalan boleh diselesaikan dengan cara yang serupa!!